Perutusan Pengerusi

museum

Management

Pengerusi

Perutusan Pengerusi

WhatsApp Image 2024 07 22 at 5.47.24 PM

Salam Sejahtera kepada semua,

Selaku Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang yang baru, saya berasa amat berbesar hati dengan pelantikan saya dan berharap untuk menyemarakkan kecemerlangan seni dan budaya melalui institusi pemuziuman ini. Saya sentiasa berusaha untuk membangunkan warisan sejarah, seni dan budaya di Pulau Pinang.

Selain itu, sebagai pemegang portfolio kesenian dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya akan memastikan bahawa muzium akan memainkan peranan yang berkesan dalam memupuk dan membentuk semangat kecintaan terhadap warisan budaya melalui pameran kekal ataupun pameran separa tetap yang dijalankan oleh warga kerja Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang.Pelbagai program dan pameran yang telah dilaksanakan oleh LMNPP sepanjang tahun bagi memupuk dan menanam minat terhadap sejarah dan seni budaya tempatan dalam diri setiap kelompok masyarakat terutamanya generasi muda.

Kesemua aktiviti ini berjaya dilaksanakan dengan warga kerja LMNPP. Saya mengucapkan syabas kepada warga kerja LMNPP kerana sentiasa meningkatkan dan mengekalkan prestasi serta berusaha melaksanakan moto LMNPP iaitu “Pendidikan Muzium Untuk Semua”.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang dan Ahli Jawatankuasa Balai Seni Lukis atas khidmat dan sokongan serta dedikasi kepada pihak pengurusan LMNPP.

“Pendidikan Muzium Untuk Semua”

Wong Hon Wai
Pengerusi
Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang
EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE)