Perutusan Pengarah

Untitled design 14

PERUTUSAN

Perutusan Pengarah

m11

Salam,

Selaku Pengarah Muzium dan Balai Seni Lukis, saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih dan berasa bangga dengan semangat, komitmen dan dedikasi yang telah ditunjukkan oleh saya sendiri dalam mencapai sasaran dan matlamat utama iaitu Pendidikan Muzium Untuk Semua”.

Perpindahan ke premis baru di No.57, Jalan Macalister adalah bertujuan untuk mengembangkan lagi cawangan muzium termasuk mempelbagaikan aktiviti dan acara di Muzium dan Balai Seni Lukis Pulau Pinang.

Muzium dan Balai Seni Lukis bukan sekadar sebuah institusi yang menyumbang kepada pembangunan sektor industri pelancongan negeri, malah institusi ini juga telah meletakkan nama Negeri Pulau Pinang dalam arus perdana dunia seni. Perpindahan ke premis baru adalah selari dengan visi Muzium dan Balai Seni Lukis iaitu “memupuk dan menanam minat penghargaan terhadap warisan dan seni budaya negeri bagi merealisasikan kesedaran dan kecintaan terhadap tanah air untuk generasi kini dan akan datang agar tidak lupus ditelan zaman”.

Saya berharap dengan kompilasi pembinaan dan pembangunan laman web Muzium dan Balai Seni Lukis akan dapat menyalurkan maklumat berguna kepada setiap pelawat.

Terima Kasih.
“ Pendidikan Muzium Untuk Semua ”

Haryany Mohamad
Pengarah
Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang

face