Tentang Muzium

s

Bangunan ini telah diduduki oleh Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang lebih kurang tiga tahun. Bangunan ini mempunyai sejarahnya yang tersendiri sehingga diisytiharkan sebagai bangunan warisan kategori II. Bangunan ini sudah mencecah lebih 100 tahun apabila ditubuhkan pada tahun 1912 dan masih megah berdiri sehingga sekarang.

LMNPP

Kunjungi Muzium (No. 57 Macalister)

q1

Bangunan No.57 Macalister Road

Sejarahnya bermula apabila tanah di kawasan yang tertubuhnya bangunan ini telah dipindah milik melalui perjanjian bertulis kepada William Evans (Resident Councillor) dan William Peel (Presiden, Pesuruhjaya Perbandaran) sebagai pemegang Amanah pada 5 Feb 1912. Mereka membuat pembayaran pindah milik ini daripada tabung yang dinamakan “The King Edward Memorial Fund”. Wang tabung ini diperolehi daripada yuran dan sumbangan daripada penduduk Pulau Pinang sebagai perusahaan syarikat swasta.

Dana Memorial King Edward VII ditubuhkan untuk mendapatkan sokongan dari ahli-ahli pelbagai kalangan perniagaan Pulau Pinang. Dana Memorial King Edward VII ditubuhkan untuk mendapatkan sokongan dari ahli-ahli pelbagai kalangan perniagaan Pulau Pinang. Penyumbang bagi dana ini telah diukir pada sebuah plak di bangunan ini dan dana yang disumbangkan adalah sebanyak $ 65,435.

Tujuannya adalah untuk menggunakan tanah dan bangunan ini sebagai sebuah hospital bersalin. Pada tahun 1915, berdasarkan perintah Mahkamah Agung, tanah ini diletakkan hak pula kepada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Perbandaran Georgetown sebagai pemegang amanah kepada King Edward Memorial Fund. Perintah mahkamah dipanggil untuk bangunan asal yang akan digunakan untuk tujuan kebajikan. Kini, Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Perbandaran Georgetown dikenali sebagai Ahli Majlis-Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

q2
q3

Hospital Bersalin
Memorial
King Edward VII

Pada 12 November 1908, “Pro Bono Publico” mengumumkan pembangunan Hospital Bersalin di Pulau Pinang akan dilangsungkan seperti bangunan yang dibangunkan di Singapura. Hospital bersalin dan Kanak-Kanak di Jalan Macalister hampir siap. Pembinaan dan pembangunan dijangka siap dan boleh digunakan pada penghujung bulan Jun. Bangunan ini akan dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Obstetrik pertama muncul dengan kerja Dr G.W. Park di Unit bersalin pertama di Pulau Pinang sebagai Pegawai Perubatan. Cik Macdonald juga berkhidmat di sini. Beliau sangat dikenali di Pulau Pinang sebagai seorang jururawat yang cekap dan berkebolehan yang telah dilantik sebagai Ketua Jururawat. Cik MacDonald dibantu oleh dua orang jururawat dan dua orang bidan.

Pada ketika itu juga, dipercayai juga dua bekerja secara sepenuh masa dan 8 orang bekerja separuh masa. Mereka menyediakan 50 katil termasuk semua kelas. Kes-kes pembedahan terus dihantar ke Hospital Besar, Pulau Pinang.

q4
q5

Pada 13 September 1915, Yang Berbahagia A. T. Bryant, President-Councillor telah merasmikan hospital bersalin pada hari Sabtu dan disambut meriah dengan mengadakan majlis besar-besaran untuk semua masyarakat. Beliau membaca telegram daripada Gabenor, Sir A. H. Young, K.C.M.G., berkata “saya menyesal kerana tidak dapat hadir ke majlis perasmian hospital bersalin. Saya mengucapkan ribuan tahniah di atas kejayaan memorial Pulau Pinang kepada King Edward VII, iaitu seorang yang menjaga kebajikan perkara ini.

Yang Berbahagia Bryant menyifatkan bahawa hospital ini perlu diberikan pengiktirafan kepada Puan Stark dan McNeil, arkitek dan Puan Robert Young, iaitu kontraktor. Beliau mengharapkan bidang ini berjaya dan mengurangkan masalah kematian bayi. Stark dan McNeil telah memulakan amalan sebagai rakan kongsi dalam firma Stark & McNeill pada tahun 1912, dengan pejabat-pejabat di Pulau Pinang, Ipoh dan kemudian juga di Johor.

Pada Oktober 1916, Encik Lim Cheng Law telah memperuntukkan bekalan pensteril elektrik dengan kos lebih kurang $ 1000. Pensteril ini merupakan satu perolehan yang baik dan merupakan barang yang canggih untuk kegunaan negeri ini.

Dr. George W. Park bersara pada tahun1917. Perkhidmatannya disambung oleh seorang doktor pakar, iaitu Dr. J. S. Rose yang berkhidmat sehingga tahun 1927.

q6

Pada tahun 1935, tingkat bawah Blok ‘C’ ini menjadi wad bersalin (C1 & C2). Mungkin kerana perluasan bangunan, ia mempunyai sedikit kerosakan dan pembinaan bermula di tapak ini pada tahun 1939. Apabila hospital yang sedia ada dirobohkan, Pesuruhjaya meletakkan tapak yang sedia ada sebagai suatu taman awam atau tanah rekreaksi sebagai peringatan kepada Raja Edward Ketujuh. Hospital yang baru dibina di Jalan Residensi pada tahun 1939 telah siap pada tahun 1941 dengan kos mencecah $ 550, 000. Hospital bersalin ini akan menggantikan hospital bersalin yang ada di Jalan Macalister.

Dalam 1940-1941 ketika pendudukan Jepun ia telah digunakan sebagai Hospital Tentera Laut sehingga mereka menyerah diri dalam bulan September 1945 dan British digunakan sebagai berek. Bangunan ini kemudiannya digunakan sebagai Pejabat Kesihatan dan Pejabat Pendaftaran. Pada tahun 1947, hospital ini hanya dikhaskan untuk kegunaan kes bersalin sahaja. Hospital ini mempunyai wad kelas pertama, kedua dan ketiga dengan jumlah 120 buah katil pada semua kelas wad. Kes kecemasan masih lagi dihantar ke Hopital Besar sehingga pertengahan tahun 1950-an.

q7 1

Dr Lee Keng Soon juga berkhidmat di hospital ini sebagai pegawai perubatan, iaitu bermula pada September 1950. Beliau berasal dari O & G Specialist Hospital. Selepas beliau bersara, Dr. Seevanathnam mengambil alih tempat beliau, iaitu awal Januari 1951. Dr. Sivanathan dibantu oleh seorang atau dua Pegawai Perubatan. Jururawat yang mengendalikan kes rawatan ialah Matron Counsel dan Sister Quiein, dibantu oleh 16 hingga 18 orang bidan.

Apabila pengkiraan statistik kelahiran dilakukan pada Ogos 1950, Hospital Bersalin Memorial King Edward VII mendapati telah menyambut 60, 000 kelahiran selepas 29 tahun beroperasi. Lebih kurang 4,000 dianggarkan kelahiran yang dikendalikan. Kerja-kerja ini meningkat setiap tahun yang melibatkan pertambahan kelahiran bayi.

Kompleks ini digunakan sebagai hospital bersalin hingga tahun 1955 dan berpindah ke tapak sekarang di Residency Road (Jalan Residensi) berhampiran Hospital Besar Pulau Pinang. Antara 1950-1980, bangunan itu digunakan untuk ibu pejabat St John Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah, dan pusat latihan untuk pendidikan dewasa. Ia juga merupakan pusat bagi kebanyakan organisasi bukan keuntungan dan NGO.