Uncategorized

LangUR : E-Katalog

Posted on
ekatalog
Pameran Seni Lukis LangUR: Building Bridge Between Our Worlds mempamerkan sebanyak 60 buah karya daripada pelbagai medium dan latar belakang pelukis.
Kreativiti dan daya cipta pelukis dapat dilihat melalui penghasilan pelbagai karya yang bertemakan Langur.
Kesemua karya adalah untuk dijual dan sebahagian daripada kutipan akan disalurkan ke Langur Project Penang – LPP bagi kegunaan untuk kajian, pemuliharaan, serta usaha mendidik masyarakat tentang alam sekitar. Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 04-2616466 atau emel ke fairudz@penangmuseum.gov.my / syazwan@penangmuseum.gov.my / shafiq@penangmuseum.gov.my / prakash@penangmuseum.gov.my.
Past News-BM

Webinar Makmal Usahawan Seni Budaya (MAUS)

Posted on
190627847 4127209693982995 8285215753030326923 n
Perhatian kepada Penggiat Seni Visual Pulau Pinang.
Jom daftar dan sertai Webinar Makmal Usahawan Seni Budaya (MAUS) yang akan diadakan pada 15 hingga 18 Jun 2021 dengan pelbagai topik dan perkongsian ilmu daripada panel-panel yang diundang khas untuk membincangkan mengenai cabaran semasa dan pasca Pandemik Covid-19 khususnya kepada Usahawan Seni Budaya.
Daftar penyertaan anda dengan mengimbas QR Code seperti yang tertera.
#PETACH
#Penang2030
#PenangLawanCOVID19
#UntukNegeriKita
#psmfirstclass
Past News-BM

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2021

Posted on
155049846 3840381122665855 6243446589446883759 n

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2021 Bil. 1/2021 telah diadakan pada 4 Mac 2021 (Khamis) pada jam 10.00 pagi secara dalam talian melalui Zoom Meeting yang telah dipengerusikan oleh Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim selaku Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia (JMM) bersama-sama pengarah-pegarah muzium di seluruh Malaysia. Perbincangan ini bertujuan […]

Past News-BM

Majlis Penyerahan Projek Pusat Sumber 1

Posted on
FB IMG 1614688988238

Majlis Penyerahan Projek Pusat Sumber 1 di Bangunan No.57, Jalan Macalister oleh Jabatan Kerja Raya Pulau Pinang (JKR PP) kepada Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang (LMNPP). Justeru, pengurusan LMNPP mengucapkan terima kasih kepada Puan Roslinda Ghazali (Arkitek Penguasa JKR PP) , Encik Farhan (Arkitek JKR PP) & Puan Azlinda (Penolong Jurutera JKR PP), Encik Azlan […]