Perutusan Pengerusi

YAB Lim Guan Eng (Pengerusi)
 

Salam Sejahtera

Selaku Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang yang baru bagi tahun 2014-2016, saya amat berbangga dengan perlantikan yang diberikan dan berhasrat dapat mencorakkan budaya kerja yang cemerlang di dalam jabatan ini.

Selepas saya dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang, saya sentiasa berusaha untuk memperkembangkan warisan sejarah, seni dan budaya di Negeri Pulau Pinang. Bukan itu sahaja, sebagai pemegang portfolio kebudayaan dan kesenian dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya akan memastikan muzium memainkan peranan untuk mendidik dan menanam semangat mencintai serta menghargai warisan budaya melalui pameran tetap mahupun sementara yang dijalankan di Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang. Dengan  adanya tiga premis yang telah berkembang, Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang dapat mengadakan pameran dengan kelolaan warga kerjanya dan komuniti Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang.

Dengan adanya laman web ini, ia dapat menyebarkan maklumat dengan cepat mengenai Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang yang merupakan medium terbaik untuk menarik minat pelancong asing serta pelawat tempatan. Di samping itu, laman web ini juga dapat menyampaikan informasi pameran dari masa ke semasa. Saya mengalu-alukan anda melayari laman web ini. Saya berharap kepada semua yang melayari laman web ini agar memberi cadangan dan kritikan bagi menambah baik kualiti Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang.

Terima Kasih Kerana melayari laman web Lembaga Muzium & Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang.

 

“Pendidikan Muzium Untuk Semua”

YAB Lim Guan Eng

Pengerusi

Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang