Events & Activities BMPast News-BMPast-Event-BMRecent NewsRecent-Event-BM

Pameran Mengenang Lee Long Loi (1942 – 2023)

2 Final Banner 3ft x 5ft (2) page 0001

Pameran Mengenang Lee Long Loi (1942 – 2023)

Pameran Mengenang Lee Long Loi (1942 – 2023) akan bermula 05 September 2024 sehingga 19 September 2024 di Aras 3, Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang, Dewan Sri Pinang. Majlis perasmian akan diadakan pada 07 September 2024 (𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮) 3.00 petang. Majlis ini akan dirasmikan oleh YB Tuan Wong Hon Wai, Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang merangkap EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE).

Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang mengalu-alukan para tetamu dan pelawat untuk datang & MASUK ADALAH PERCUMA! Pameran ini dibuka kepada pengunjung setiap hari kecuali hari Jumaat dan Hari Pelepasan Am, mulai 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Untuk sebarang urusan atau pertanyaan lanjut, sila emel ke psm_enquiries@penangmuseum.gov.my.