New RoomsPast News

๐‡๐š๐ฐ๐š๐ซ๐ข ๐‡๐š๐ฌ๐ก๐ข๐ฆ ๐ค๐ž ๐๐ฎ๐ง๐œ๐š๐ค ๐†๐ฎ๐ง๐ฎ๐ง๐  ๐„๐ฏ๐ž๐ซ๐ž๐ฌ๐ญ!!!

hawari

Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang merakamkan ucapan tahniah kepada Saudara Hawari yang berjaya sampai puncak Gunung Everest pada ketinggian 8,848 meter dari paras laut. Hawari berjaya sampai di puncak pada khamis (18 Mei 2023) jam 3.30 petang (waktu Nepal).

Hawari merupakan rakyat Malaysia pertama kategori orang kurang upaya (OKU) pendengaran yang berjaya sampai ke puncak tertinggi dunia. Misi kali ini adalah percubaan kali kedua Hawari selepas tertangguh pada tahun lalu disebabkan faktor cuaca ribut salji. Dengan kecekalan beliau dalam menempuh cabaran tawan Gunung Everest, boleh dijadikan contoh teladan bahawa OKU juga mampu melakukan misi ini.