Sazali Zulkifli

Demonstrasi mencuci Keris oleh Persatuan Seni Purba Nusantara Melayu Pulau Pinang

Profil

Sazali Bin Zulkifli adalah merupakan Pengasas dan Yang Dipertua Persatuan Senipurba Nusantara Melayu Pulau Pinang yang ditubuhkan sejak tahun 2009. Sebagai seorang pencinta seni warisan melayu nusantara terutama dalam bidang perkerisan, telah mengadakan beberapa acara pameran & pertandingan keris di Pulau Pinang dan telah menyertai pameran & pertandingan keris diperingkat kebangsaan dan luar negara. Beliau juga adalah seorang pengadil jemputan pertandingan keris mewakili Pulau Pinang dan utara semenanjung peringkat kebangsaan yang diadakan oleh setiap negeri seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah, Selangor, Melaka dan lain-lain. Penyertaan luar negara seperti pameran keris & busana di Pattani Thailand, Batam Indonesia, Medan Indonesia, Makassar Indonesia dan Jakarta Indonesia.