ROSLIM ABU

Demonstrasi mencuci Keris oleh Persatuan Seni Purba Nusantara Melayu Pulau Pinang

Profil

ROSLIM ABU, Lahir 1963 di Perlis, mendapat didikan awal di Kedah dan di Ipoh sebelum meneruskan persekolahan di Johor Baharu dan Alor Setar di Kolej Sultan Abd Hamid.Penglibatan dalam dunia silat sejak berusia 15 tahun di Kampung Kuala Kangkong, Alor Setar kedah.

Meneruskan aktiviti persilatan di Kuala Lumpur pada tahun 1983 apabila berhijrah ke Kuala Lumpur. Menyertai silat cekak Malaysia pada awal 2004 dan aktif sehingga tahun 90an.Lulusan UITM pengurusan perniagaan major didalam pengurusan risiko.Penglibatan dalam gabungan aktivis persilatan sejak awal 2004 sebelum penubuhan PERSATUAN DUNIA SENI SILAT MELAYU MALAYSIA pada 2012. Secara rasmi menyertai DSSM SELANGOR pada tahun 2016 sebagai Timbalan Yang Di Pertua dan menjadi Ahli Jawatankuasa Pusat DSSM MALAYSIA pada tahun 2017. Menjawat jawatan presiden DSSM MALAYSIA pada tahun 2019 sehingga kini.Selain Persilatan, beliau juga Antara Pengasas sukan paintball di Malaysia sejak 2004, dan kini sebagai Timbalan Pengerusi Pertubuhan Pengusaha Paintball Malaysia.