Mohd Arif Abd Razak
Lembaga Muzium Negeri Terengganu

Speed Dating With Museum Practitioners

Profil

Encik Mohd Arif bin Abd Razak adalah pembantu muzium kanan di Lembaga Muzium Negeri Terengganu yang mempunyai pengalaman 30 tahun dalam bidang Konservasi Kayu. Beliau bertanggungjawab melakukan pemeriksaan, pemantauan dan memelihara semula koleksi dibawah jagaan Lembaga Muzium Negeri Terengganu. Beliau dilantik sebagai ketua bahagian Koleksi Konservasi di bawah Sektor Konservasi di Lembaga Muzium Negeri Terengganu. Beliau turut terlibat dalam kerja-kerja konservasi Perahu besar (daripada bahan kayu) dan Manuskrip serta Penjilidan Manuskrip. Beliau berpengalaman menjadi fasilitator bengkel dan penyelia untuk Latihan Industri bagi pelajar IPTA. Beliau juga telah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak dua kali sepanjang perkhidmatannya iaitu pada tahun 2011 dan 2021.