Encik Jumaidy bin Abd Manaf adalah pembantu muzium di Perbadanan Muzium Negeri Pahang yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam pelbagai bidang antaranya bidang penyelidikan dan pendidikan. Beliau bertanggungjawab membantu dalam penerbitan buku-buku Muzium Pahang. Beliau juga turut bertanggungjawab dalam penghasilan galeri seperti Galeri Orang Asli dan Galeri Sama Deras. Beliau turut terlibat dalam pendokumentasian Projek Gendang Pahang dan penyelidikan “Daulat Tuanku”.