Encik Freddi Pulus adalah pembantu muzium di Jabatan Muzium Sabah yang mempunyai pengalaman selama 15 tahun dalam bidang Taksidermi. Beliau bertanggungjawab membuat taksidermi untuk burung dan mamalia. Beliau juga mempunyai banyak pengalaman dalam bidang mounting. Antaranya adalah tulang rangka ikan paus, tulang rangka tambadau jantan dan lain-lain.