Rizman Nordin

Your First, Your Best, Your Most

Profil

Rizman Nordin, dilahirkan pada 28 Mei 1984, di Pulau Pinang, seorang figura cemerlang dalam bidang rekaan fesyen. Sebagai Pengarah dan Pengasas Bersama Rizman Ruzaini, beliau berjaya mengukir pencapaian  yang akan sentiasa dikenang dalam industri dengan kreativitinya yang unik dan komitmen mantap. Rizman memulakan perjalanan dunia fesyennya di UiTM Seri Iskandar, dengan mengambil Diploma dalam Reka Fesyen dari 2002 hingga 2005. Didorong oleh semangat dan kedahagaanya untuk menimba ilmu, beliau melanjutkan pengajian akademiknya di UiTM Shah Alam,  dengan beroleh Ijazah dalam Reka Fesyen pada tahun 2007.

Untuk menajamkan lagi kemahiran dan pengetahuan perniagaanya, Rizman merangkul pula Sijil Pemasaran Fesyen & PR melalui kursus jangka pendek di Central Saint Martins London. Sepanjang perjalanan karier cemerlangnya itu, Rizman telah meraih pelbagai anugerah dan penghargaan yang mengiktiraf bakat luar biasa dan visi inovatifnya.

Pengaruh Rizman Ruzaini meluas secara global. Selama bertahun-tahun, helaian adibusana Rizman Ruzaini telah menatagaya nama-nama besar Malaysia, seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Marion Caunter, dan Ziana Zain, hanya menyebut beberapa nama. Pada tahun 2023, label itu telah berjaya meletakkan Naomi Campbell ke dalam senarai tersebut. Model ikonik itu telah melangkah di pertunjukan penutup Dubai Fashion Week dalam sehelai pakaian eksklusif dari koleksi musim bunga/musim panas 2024 mereka. Dengan aspirasi untuk menembusi pasaran Timur Tengah, waktu itu adalah yang terbaik bagi mereka. Menjadi impian pasangan pereka ini untuk memperkenalkan Malaysia ke seantero dunia dan meluaskan lagi empayar fesyen mereka dengan menyasarkan pasaran Eropah dan Amerika.

Meneruskan pencapaian profesionalnya, Rizman tetap tegar dan komited dengan tugasannya, sentiasa akan cuba memberikan kreativiti terbaik sambil memberi inspirasi kepada generasi pelapis fesyen seterusnya. Dengan bakat yang tiada tandingan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, Rizman Nordin terus meninggalkan impak yang tidak dapat dilupakan dalam dunia fesyen, membentuk landskapnya dengan gaya yang unik dan pendekatan yang berwawasan.