Azrul Aznan Kamiruzzaman
Lembaga Muzium Negeri Perak

Speed Dating With Museum Practitioners

Profil

Encik Azrul Aznan bin Kamiruzzaman adalah pembantu operasi di Lembaga Muzium Negeri Perak yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun berkhidmat dan khususnya 7 tahun dalam bidang Tengkolok Negeri Perak. Beliau terlibat dalam pelbagai demo dan bengkel berkaitan Tengkolok dari tahun ke tahun. Antara demo dan bengkel yang beliau terlibat adalah Demo Tengkolok Sempena Program Perak Festival of Ideas 2017, Bengkel Ikatan Tengkolok Perak Anjuran Persatuan Busana Warisan Negeri Perak di Pulau Misa Melayu 2022 dan lain lagi.