Tandakan tarikh anda, Pulau Pinang! Festival Hari Muzium Antarabangsa (HMA) 2024 bakal tiba bermula 13 Mei sehingga 22 Mei 2024!


Sedia untuk acara yang mengujakan yang telah dirangka dengan teliti oleh Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang.


Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang dengan bangga mengumumkan Pra Pelancaran Festival Hari Muzium Antarabangsa (HMA) 2024. Pra Pelancaran ini diadakan dengan meriah di Dewan Bandar, Padang Kota, George Town!


Majlis Pra Pelancaran Festival Hari Muzium Antarabangsa (HMA) 2024 telah disempurnakan oleh YB Tuan Wong Hon Wai, EXCO untuk Pelancongan dan Ekonomi Kreatif dan Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang. 


Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Tuan Mohamad Shawali Haji Badi, Timbalan Pengarah (Dasar) Jabatan Muzium Malaysia, YBrs. Tuan Razaimi Hamat, Timbalan Pengarah (Permuziuman) Jabatan Muzium Malaysia, YBhg. Dato’ Tony Goh, Pengerusi Persatuan Hotel Malaysia Pulau Pinang, YBhg. Dato’ Ir. Rajendran A/L P. Anthony, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan YBrs. Puan Haryany Mohamad, Pengarah Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang.


Ikuti perkembangan terkini, dan bersedia untuk sambutan seni, budaya, dan sejarah!


#PenangStateMusuemBoard

#PreLaunchingHMA2024

#HMA2024Penang

#MuseumsforEducation&Research

#UntukNegeriKita

#Penang2030