Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Zoomorphism (Balai Seni Negara)

16 Mei 2024 @ 10:00 AM - 22 Mei 2024 @ 10:00 PM

Zoomorphism (Balai Seni Negara)

Jom sertai Festival Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2024 di Pulau Pinang! Balai Seni Negara akan mempersembahkan pengalaman interaktif yang menakjubkan dengan karya-karya seni yang menarik. Nikmati pengalaman AR (Augmented Reality) yang unik dengan karya ‘Zoomorphism’ oleh Aw Boon Xin dan Koh Kai Ting, yang membawa objek ke dunia maya. Teruskan jelajah anda dengan karya arca kinetik oleh Hilal Mazlan, yang merangkumi unsur pergerakan dan mengundang reaksi spontan dari penonton. Jangan lepaskan peluang ini untuk menyelami seni secara langsung! Temui Balai Seni Negara dari 16-22 Mei 2024 di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang.

Penafian: Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas tajuk dan pengisian kandungan pameran da bagi setiap institusi dan agensi yang mengambil bahagian dalam pameran HMA 2024. Penganjur juga tidak bertangungjawab terhadap kehilangan barang peribadi, kesan emosi, atau kecederaan kepada kontigent, peserta dan pengunjung semasa atau selepas pameran dan kesemua aktiviti dan program. Oleh itu, anda dikehendaki mengambil langkah pencegahan dan mematuhi arahan penganjur bagi memastikan keselamatan dan keselesan semua pihak yang terlibat. Terima kasih.

Details

Start:
16 Mei 2024 @ 10:00 AM
End:
22 Mei 2024 @ 10:00 PM
Event Categories:
,

Venue

Auditorium, Dewan Sri Pinang