Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Your First Your Best Your Most

21 Mei 2024 @ 8:00 PM - 11:00 PM

SPEAK UP II : Your First Your Best Your Most

Pengenalan :

Program pendidikan tidak formal berkonsep bual bicara santai ini bertujuan untuk memberi para panel berkongsi ilmu dan pengalaman bagi mencetuskan inspirasi dan memupuk minat  dalam industri seni kreatif di  kalangan warga muzium dan orang awam bersama panel yang ternama dan berilmu sejajar dengan tema HMA 2024 iaitu Muzium Untuk Pendidikan dan Penyelidikan.

 

 

Objektif

  • Mewujudkan interaksi antara panel jemputan dan para peserta dengan lebih dekat
  • Menarik minat para peserta tentang perkongsian bidang kerjaya daripada panel jemputan
  • Memberi inspirasi dan ilmu pengetahuan tentang bidang kerjaya panel jemputan kepada para peserta

Peserta & Panel

Poster



Biodata Panel

PANEL 1

ZUNAR

 

Kartun pertama Zunar disiarkan ketika beliau berusia 12 tahun pada tahun 1974. Dilahirkan dengan nama Zulkiflee Anwarul Haque, beliau tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam seni kerana mengambil aliran sains. Apabila gagal di UTM, beliau menjadi pelukis kartun profesional pada tahun 1985 dengan menyertai majalah Gila-Gila. Kemudian beliau menyertai akhbar Berita Harian, dan terakhir portal Malaysiakini sejak 2003 hingga sekarang. Dengan slogan “How Can I be Neutral, Even my Pen Has a Stand”, Zunar membongkar rasuah melalui lakarannya. Beliau telah menerbitkan 19 judul buku – semuanya diharamkan oleh kerajaan terdahulu. Di bawah kerajaan terdahulu juga Zunar pernah ditangkap sebanyak 5 kali dan didakwa dengan 9 tuduhan di bawah Akta Hasutan.

Di luar negara, Zunar telah mendapat berbagai anugerah termasuk “Courage in Editorial Cartooning Award” di Washington dan “Cartooning For Peace Award” di Geneva yang disampaikan oleh Kofi Annan. Beliau juga telah dijemput membuat pameran dan berucap di beberapa uviversiti termasuk UCL London, Oxford, Harvard, University of Louisville, New York University (Florence), University of California Los Angeles dan Curtin University Perth. Zunar juga pernah dijemput berucap di PBB Geneva, dan di program kartunis seperti di Washington, Paris, Bilbao, London, Amsterdam dan Berlin.

PANEL 2

RIZMAN NORDIN

Rizman Nordin, dilahirkan pada 28 Mei 1984, di Pulau Pinang, seorang figura cemerlang dalam bidang rekaan fesyen. Sebagai Pengarah dan Pengasas bersama Rizman Ruzaini, beliau berjaya mengukir pencapaian yang akan sentiasa dikenang dalam industri dengan kreativitinya yang unik dan komitmen mantap. Rizman memulakan perjalanan dunia fesyennya di UiTM Seri Iskandar, dengan mengambil Diploma dalam Reka Fesyen dari tahun 2002 hingga 2005. Didorong oleh semangat dan kedahagaannya untuk menimba ilmu, beliau melanjutkan pengajian akademiknya di UiTM Shah Alam, dengan beroleh Ijazah dalam Reka Fesyen pada tahun 2007.

Untuk menajamkan lagi kemahiran dan pengetahuan perniagaannya, Rizman merangkul pula Sijil Pemasaran Fesyen & PR melalui kursus jangka pendek di Central Saint Martins London. Sepanjang perjalanan karier cemerlangnya itu, Rizman telah meraih pelbagai anugerah dan penghargaan yang mengiktiraf bakat luar biasa dan visi inovatifnya.

Pengaruh Rizman Ruzaini meluas secara global. Selama bertahun-tahun, helaian adibusana Rizman Ruzaini telah menatagaya nama-nama besar Malaysia, seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Marion Caunter, dan Ziana Zain, hanya menyebut beberapa nama. Pada tahun 2023, label itu telah berjaya meletakkan Naomi Campbell ke dalam senarai tersebut. Model ikonik itu telah melangkah di pertunjukan penutup Dubai Fashion Week dalam sehelai pakaian eksklusif dari koleksi musim bunga/musim panas 2024 mereka. Dengan aspirasi untuk menembusi pasaran Timur Tengah, waktu itu adalah yang terbaik bagi mereka. Menjadi impian pasangan pereka ini untuk memperkenalkan Malaysia ke seantero dunia dan meluaskan lagi empayar fesyen mereka dengan menyasarkan pasaran Eropah dan Amerika.

Meneruskan pencapaian profesionalnya, Rizman tetap tegar dan komited dengan tugasannya, sentiasa akan cuba memberikan kreativiti terbaik sambil memberi inspirasi kepada generasi pelapis fesyen seterusnya. Dengan bakat yang tiada tandingan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi, Rizman Nordin terus meninggalkan impak yang tidak dapat dilupakan dalam dunia fesyen, membentuk landskapnya dengan gaya yang unik dan pendekatan yang berwawasan.


Tentatif Your First Your Best Your Most

Masa

Aturcara

7.45 Malam - 08.00 Malam

Ketibaan para jemputan & Sesi pendaftaran peserta

Persembahan Nyanyian

8.00 Malam - 08.15 Malam

Ketibaan tetamu kehormat

8.15 Malam - 08.20 Malam

Ucapan aluan dari Moderator

8.20 Malam - 09.20 Malam

Sesi panel 1

9.20 Malam - 09.30 Malam

Persembahan Nyanyian

9.30 Malam - 10.30 Malam

Sesi panel 2

10.30 Malam

Bersurai

Penafian: Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan harta benda peribadi, sensitiviti, reaksi, kemurungan, tekanan, stres, kecederaan, atau isu keselamatan yang dialami oleh peserta semasa atau selepas pameran bengkel. Peserta dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan penganjur untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua pihak yang terlibat.

Details

Date:
21 Mei 2024
Time:
8:00 PM - 11:00 PM
Event Category:

Venue

Auditorium, Dewan Sri Pinang