Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Majlis Makan Malam Mesra

15 Mei 2024 @ 5:00 PM - 11:00 PM

Majlis Makan Malam Mesra

(Tetamu jemputan sahaja)

Pengenalan 

Majlis makan malam mesra khas untuk pengamal permuziuman adalah satu acara tertutup. Ia menghimpunkan kesemua pengamal permuziuman daripada lapan zon muzium tempatan serta beberapa muzium antarabangsa. Majlis yang melibatkan lebih daripada 600 orang tetamu ini akan berlangsung di The Habitat, di puncak Bukit Bendera.

The Habitat merupakan salah satu kawasan simpanan tetap alam semula jadi di Bukit Bendera yang kaya dengan biosfera yang subur serta diiktiraf oleh UNESCO. Taman hutan hujan tropika ini pastinya menambah suasana santai dan damai majlis makan malam yang bertemakan ‘Anggun Flora’; sekaligus dapat memperkenalkan sisi istimewa Pulau Mutiara ini ke mata dunia.

The Habitat Penang Hill

Habitat Penang Hill ialah pusat penemuan hutan hujan bertaraf dunia yang terletak di pinggir hutan hujan tersergam indah yang terletak mudah dicapai dari metropolis Pulau Pinang yang meriah. Ia ialah salah satu tarikan utama yang boleh diakses dari Ayer Itam menggunakan kereta api funikular bersejarah.

 

 

Map & Directions

 

Tentatif Majlis Makan Malam Mesra

Masa

Aturcara

5.00 Petang

Ketibaan para jemputan


Persembahan Kumpulan Muzik


7.45 Malam

Ketibaan YB. Tuan Wong Hon Wai

EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif merangkap

Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang

8.00 Malam

Ketibaan YB. Dato' Haji Rosli bin Isa

Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

8.15 Malam

Ucapan alu - aluan oleh YB. Tuan Wong Hon Wai

Exco Pelancongan & Ekonomi Kreatif merangkap

Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang


Ucapan oleh YB. Dato' Haji Rosli Bin Isa

Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang


Gimik Pelancaran Buku Silang Budaya III


Persembahan Muzik oleh Kumpulan Dendang Anak dan

Live Band


Jamuan

11.00 Malam

Majlis Bersurai

 

Download Penang Hill Visitors’ Guide Here

Penafian: Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab ke atas tajuk dan pengisian kandungan sepanjang perjalanan majlis, pameran dan aktiviti sepanjang HMA2024 berlangsung. Penganjur juga tidak bertangungjawab terhadap kehilangan barang peribadi, kesan emosi atau kecederaan kepada kontinjen, peserta dan pengunjung semasa atau selepas pameran dan kesemua aktiviti dan program. Oleh itu, kontinjen adalah dikehendaki mengambil langkah pencegahan dan mematuhi arahan penganjur bagi memastikan keselamatan dan keselesaan semua pihak yang terlibat. Terima kasih.

Details

Date:
15 Mei 2024
Time:
5:00 PM - 11:00 PM
Event Category:

Venue

The Habitat Penang Hill
Jalan Bukit Bendera
Bukit Bendera, Pulau Pinang 11300 Malaysia
+ Google Map