Acara Sukan Pantai yang dijadualkan pada 14 Mei 2024 akan berlangsung di Pantai Batu Ferringhi , ia juga terkenal sebagai salah satu destinasi perlancongan utama Malaysia dan Pulau Pinang. Pelbagai pertandingan sukan pantai menanti para peserta dan penonton termasuk sukan klasik seperti Bola Sepak Pantai, Bola Jaring, Tarik Tali, serta cabaran artistik pembinaan Istana Pasir yang mempamerkan kreativiti peserta. Selain itu juga, persembahan pertunjukan api oleh penghibur api profesional akan digabungkan juga dengan persembahan Capoeira, seni mempertahankan diri dari negara Brazil yang akan memeriahkan lagi Acara Sukan Festival Hari Muzium Antarabangsa (HMA) 2024.
14 Mei 2024 (Selasa)
7.00 Pagi - 11 Malam
Pantai Batu Feringghi, Pulau Pinang
Masa
Aturcara
7.00 Pagi
Ketibaan kontinjen
7.30 Pagi
Pendaftaran kontinjen
8.00 Pagi
Lompat Tali
8.30 Pagi
Tarik Tali
9.00 Pagi
Bola Sepak Pantai
Bola Jaring
Sand Castle
12.30 Tengah Hari
Persembahan Bina Badan oleh Ahli Bina Badan
1.00 Petang
Rehat
2.00 Petang
Acara Sukan Bersambung
6.00 Petang
Rehat
Sesi beramah mesra bersama Ikon Sukan Pulau Pinang - Faiz Subri
8.00 Malam
Final Bola Sepak Pantai (Pengarah vs Pelukis-Pelukis Negeri Pulau Pinang)