Pameran Solo oleh Tan Kai Sheuan akan bermula dari 04 Disember hingga 30 Disember 2024 di Aras 3, Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang, Dewan Sri Pinang. Majlis perasmian akan diadakan pada 07 Disember 2024 (Sabtu) jam 3.00 petang. Majlis ini akan dirasmikan oleh YB Connie Tan Hooi Peng, ADUN Seri Delima.
Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang mengalu-alukan para tetamu dan pelawat untuk datang & MASUK ADALAH PERCUMA! Pameran ini dibuka kepada pengunjung setiap hari kecuali hari Jumaat dan Hari Pelepasan Am, mulai 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Untuk sebarang urusan atau pertanyaan lanjut, sila emel ke psm_enquiries@penangmuseum.gov.my
___________________
Untuk lebih paparan menarik dari pameran ini, sila klik ikon di bawah untuk ke media sosial Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang
….
For more interesting highlights from this exhibition, please click the icon below to visit the social media pages of the Penang State Museum and Art Gallery