Sejarah Muzium

SEJARAH

Sejarah Muzium

about1

Muzium & Balai Seni Lukis
Negeri Pulau Pinang

Sebuah bangunan ditubuhkan pada tahun 1816 dengan sumbangan yang diberikan oleh Syarikat Hindia Timur di bawah pengawasan Kapten Robert Smith (Jurutera Diraja). Beliau telah menyediakan pelan untuk bangunan ini dijadikan sebagai sebuah pusat pendidikan.

Sekolah Penang Free ditempatkan di bangunan ini dari tahun 1821 sehingga 1927. Selepas Sekolah Penang Free telah berpindah ke Green Lane, ia telah diambil alih oleh Sekolah Hutchings dari tahun 1928 sehingga 1960.

Pada tahun 1961, bangunan ini hampir dirobohkan kerana kerajaan negeri bercadang untuk membina sebuah sekolah baru. Namun begitu, rancangan ini telah dibatalkan kerana menerima cadangan Perdana Menteri Malaysia yang pertama, iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk menjadikan bangunan ini sebagai muzium memandangkan pada waktu tersebut langsung tiada satu pun bangunan yang mengumpul koleksi sejarah dan warisan negeri Pulau Pinang.

about2
about3

Pada tahun 1964, Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang telah ditubuhkan dan dibuka secara rasminya oleh Gabenor Pulau Pinang yang pertama, Almarhum Yang Amat Mulia Raja Tun Uda Al-Haj Bin Raja Muhammad pada 14 April 1965.

Enakmen ‘Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang’ telah ditubuhkan dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada tahun 1972. Selain itu, Bangunan Muzium Negeri Pulau Pinang telah diiktiraf sebagai bangunan warisan di bawah Akta Warisan 2005.