Saksikan keunikan dan kehebatan seni mempertahankan diri tradisional negeri ini menerusi Silat Pelaga / Siku 12, yang sarat dengan nilai warisan, disiplin, dan jati diri. Pameran ini menampilkan sejarah dan perkembangan Silat Pelaga / Siku 12, termasuk khazanah warisan berupa manuskrip yang menjadi panduan dan rujukan seni ini.
Dengan konsep komik pendekar, pengunjung akan dibawa menyelami kisah-kisah Silat secara visual yang menarik, diiringi pertunjukan silat melalui Imersive Projection yang memaparkan aksi Silat Siku 12 dengan pengalaman visual yang imersif. Selain itu, tersedia Photobooth AI untuk pengalaman interaktif dan menyeronokkan, membolehkan pengunjung merakamkan momen dengan pergerakan Silat Siku 12.
Tarikh: 3 Mac 2026 – 17 Mei 2026
Lokasi : Muzium Negeri Pulau Pinang,
No.57, Jalan Macalister 10400 George Town, Pulau Pinang
#PenangStateMuseumBoard
#BalaiSeniLukisNegeriPulauPinang
#PenangStateArtGallery
#UntukNegeriKita
#PSMFirstClass
#Penang2030
