Pameran Satu Pertautan Bertenaga II oleh 4 Rakan/ An Energetic Entwinement – 4 Men Show akan berlangsung mulai daripada 8 hingga 31 Mac 2026 bertempat di Galeri Aras 3, Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang. Pameran ini mempamerkan karya-karya daripada 4 orang pelukis, iaitu Khoo Cheang Jin dan Ch’ng Kiah Kiean dari Malaysia serta Ler Hock Chuan dan Ng Woon Lam dari Singapura. Majlis perasmian pameran ini akan berlangsung pada:
Tarikh: 8 Mac 2026 (Ahad)
Masa: 4.00 petang
Tempat: Galeri Aras 3, Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang, Dewan Sri Pinang, 10200 Lebuh Light, Pulau Pinang
Untuk makluman, pameran ini dibuka kepada pelawat setiap hari kecuali hari Jumaat dan hari cuti umum, dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Walau bagaimanapun, sepanjang bulan Ramadan, waktu operasi galeri adalah dari jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang.
#PenangStateMuseumBoard
#BalaiSeniLukisNegeriPulauPinang
#PenangStateArtGallery
#UntukNegeriKita
#PSMFirstClass
#Penang2030
