Konservasi

banner

KONSERVASI

Konservasi Tugu Francis Light

Conservation Of Francis Light Statue

Ekoran daripada aduan kes simbahan cat merah ke atas Tugu Kapten Francis Light yang berlaku pada 30 Jun 2020 yang lalu, Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang (LMNPP) telah dipertanggungjawab untuk melaksanakan kerja-kerja konservasi terhadap tugu tersebut.

Tindakan yang telah diambil oleh pihak LMNPP adalah dengan menjalankan kerja-kerja pembersihan serta mengambil kira keadaan dan keluasan kawasan sekitar untuk tindakan susulan bagi membaikpulih tugu. Selain itu, proses konservasi ini telah mendapat pandangan pakar dari Unit Konservasi Jabatan Muzium Malaysia mengenai kaedah dan bahan yang bersesuaian untuk digunapakai bagi kerja-kerja tersebut. Pemasangan scaffolding di keliling tugu adalah untuk memudahkan proses kerja-kerja konservasi dijalankan.

25 Februari 2021

Unit Muzium, Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang merakamkan sekalung penghargaan kepada Encik Faiz Azizan, Encik Shahir Md Daud dan Encik Ahmad Sabri dari Unit Konservasi, Jabatan Muzium Malaysia (JMM) kerana turut hadir di tapak bagi perlaksanaan penilaian, syor serta perkongsian ilmu berkaitan konservasi bagi tugasan Kerja Konservasi Tugu Kapten Francis Light di Fort Cornwallis, Pulau Pinang.

#PETACH
#Penang2030
#PenangLawanCOVID19
#UntukNegeriKita
#psmfirstclass
153732668 3818586344845333 9169903031101559743 n 1