Sidang Media dan Pelancaran Pameran Finalis BMS21 Pulau Pinang “The Triumph of Emerging Artists” telah dilaksanakan dengan jayanya oleh YB Yeoh Soon Hin, EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE) merangkap Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang. Sidang media ini turut dihadiri finalis-finalis BMS21 Pulau Pinang iaitu Cheah Su May, Rahmi Bujang, Isabel Thong Kai Yun, Jeslyn Ooi Shiyun, Thanesh Kichi dan Lee Lin Chee serta rakan-rakan media pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh: 21 Mac 2022 (Isnin)
Masa: 11 pagi
Tempat: Tingkat 3, Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang, Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang
Objektif pameran ini adalah sebagai ‘platform’ atau pentas bagi melonjakkan nama sebagai pelukis kontemporari dalam Sejarah Seni Malaysia. Sidang media ini bertujuan untuk memberi hebahan dan publisiti mengenai pameran yang dijadualkan berlangsung pada 20 Mac hingga 30 April 2022. Pameran ini mempamerkan karya daripada Cheah Su May, Rahmi Bujang, Isabel Thong Kai Yun, Jeslyn Ooi Shiyun, Thanesh Kichi dan Lee Lin Chee
Jangan lepaskan peluang untuk melawat pameran yang menarik ini daripada artis muda yang berbakat besar.
…
Today’s event was noteworthy as a Press Conference and the launching of the Penang BMS21 Finalist Exhibition “The Triumph of Emerging Artists” by YB Yeoh Soon Hin, EXCO for Tourism and Creative Economy (PETACE) cum Chairman of the Penang State Museum Board was organized. The conference was attended by the BMS21 Penang finalists Cheah Su May, Rahmi Bujang, Isabel Thong Kai Yun, Jeslyn Ooi Shiyun, Thanesh Kichi, and Lee Lin Chee as well as members of the media according to the details below:
Date: 21 March 2022 (Monday)
Time: 11.00 a.m.
Venue: 3rd Floor Penang State Art Gallery, Dewan Sri Pinang, Penang
This idea for this exhibition is to provide a platform for the young visual artists to carve a name as young contemporary artists in the annals of Malaysian Art History. This press conference was mainly to promote and publicize the exhibition, which would run from March, 20th to April, 30th 2022.
Don’t miss the opportunity to visit this exhilarating exhibition of all young and talented artists.
_______________________
Untuk lebih paparan menarik dari pameran ini, sila klik ikon di bawah untuk ke media sosial Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang
….
For more interesting highlights from this exhibition, please click the icon below to visit the social media pages of the Penang State Museum and Art Gallery