Events & Activities BMRecent NewsRecent News-BMRecent-Event-BMUpcoming News-BMUpcoming-Events-BM

PAMERAN NANYANG ABADI: WARISAN SENI DAKWAT DAN BATIK TAN THEAN SONG

Poster 1

Pameran Nanyang Abadi: Warisan Seni Dakwat dan Batik Tan Thean Song akan berlangsung di Galeri Aras 3, Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang mulai daripada 03 hingga 15 Mei 2025.
Pelukis Tan Thean Song (1946 – 2017) merupakan seorang cendekiawan seni yang mendapat pendidikan dari Nanyang Academy of Fine Arts di Singapura di bawah bimbingan guru- guru seni terkenal seperti Cheong Soo Pieng. Beliau menggabungkan teknik seni tradisional dakwat Cina dengan elemen budaya tempatan Nanyang untuk mencipta sebuah karya seni yang unik. Karya batik beliau bercorak warna cerah dan mempunyai garis- garis yang dinamik manakala seni lukis dakwat Cina beliau dipenuhi dengan nilai estetika timur dan suasana di Nanyang.
Majlis perasmian pameran ini dijadualkan akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 04 Mei 2025 (Ahad)
Masa : 4.00 petang
Tempat: Galeri Aras 3, Balai Seni Lukis Negeri Pulau, Dewan Sri Pinang, 10200 Lebuh Light, Pulau Pinang

Dirasmikan oleh: Yang Berhormat Tuan Wong Hon Wai
EXCO Pelancongan Dan Ekonomi Kreatif (PETACE) merangkap
Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang

Semua pelawat dijemput untuk menghadiri majlis perasmian serta melawat pameran ini sepanjang tempoh ia berlangsung.

#PenangStateMuseumBoard
#UntukNegeriKita
#PSMFirstClass
#Penang2030