Majlis perasmian pameran daripada Persatuan Kesenian Balik Pulau yang bertemakan ‘Perbezaan Yang Mengagumkan’ atau ‘Different But Fascinating’ telah diadakan pada 28 Mei 2022 jam 3.00 petang bertempat di Galeri Aras 3, Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang (BSLNPP).
Pameran ini telah dirasmikan oleh Encik Lee Khai, Pengerusi Jawatankuasa Balai Seni Lukis manakala Encik Koay Soo Kau telah menyampaikan ucapan aluan. Tempoh pameran ini ialah mulai 28 Mei 2022 hingga 11 Jun 2022.