Siaran Langsung - Betoi ka Ranjau?

Posted on: Sel, 2020-06-23 09:36   By: MZMKPLBPKHG

Akan Datang !

“Betoi kaRanjau?” adalah sebuah rancangan kuiz yang akan bersiaran di FB Live Muzium Negeri Pulau Pinang pada setiap hari Rabu (1.00 Tengah Hari hingga 1.45 Tengah Hari). Sepanjang bersiaran, para peserta yang terdiri dari warga kerja akan menjawab soalan-soalan berkaitan dengan 'core business' muzium & balai seni serta bidang tugas yang disandang. Saksikan gelagat mereka menjawab soalan secara spontan. Pastinya penonton akan terhibur melihat mereka 'didenda' apabila memberikan jawapan yang salah.

Jangan lupa menonton episod pertama Game Show ini pada Rabu (24 Jun 2020) jam 1.00 Tengah Hari.


#PETACH
#Penang2030
#PenangLawanCOVID19
#UntukNegeriKita
#psmfirstclass