Perutusan Pengerusi Oleh YB Yeoh Soon Hin

Posted on: Kha, 2019-07-04 11:23   By: MZMKPLBPKHG

 

 

Salam Sejahtera kepada semua,

Selaku Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang yang baru, saya berasa amat berbesar hati dengan pelantikan saya dan berharap untuk menyemarakkan kecemerlang seni dan budaya di institusi ini.

Setelah saya dipilih sebagai Pengerusi Muzium Negeri Pulau Pinang, saya sentiasa berusaha untuk membangunkan warisan sejarah, seni dan budaya di Pulau Pinang. Selain itu, sebagai pemegang portfolio kesenian dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya akan memastikan bahawa muzium akan berperanan secara berkesan dalam memupuk dan membentuk semangat kecintaan warisan budaya melalui pameran yang kekal ataupun berkala yang dijalankan di Muzium Negeri Pulau Pinang. Tiga buah premis yang sedang berkembang, Muzium Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan pameran bersama warga kerja dan disertai komuniti Balai Seni di Muzium Negeri Pulau Pinang ini.

 Melalui laman sesawang ini, informasi tentang Balai dapat disebarkan dengan cepat( tentang Muzium dan Galeri Seni Pulau Pinang ini), di mana ia adalah kaedah terbaik untuk menarik kunjungan pelancong serta pelawat tempatan. Tambahan lagi, laman sesawang ini juga bertujuan menyampaikan maklumat dari masa ke semasa. Saya amat mengalu-alukan kunjungan tuan-tuan dan puan-puan semua ke laman sesawang ini.Saya berharap kepada semua pengunjung laman sesawang ini, agar dapat memberikan cadangan dan maklumbalas bagi meningkatkan kualiti serta kuantiti pameran di Muzium dan Balai Seni Pulau Pinang ini.

Terima kasih kerana mengunjungi laman sesawang Lembaga Muzium dan Balai Seni Negeri Pulau Pinang.

 

“Pendidikan Muzium Untuk Semua”

 

Yeoh Soon Hin 

Pengerusi

Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang