Pedang Jepun / Japanese Sword

0
Posted on: Sel, 2012-08-07 11:42   By: ku_ayu

Pedang ini adalah antara beberapa bilah pedang dan berbagai-bagai jenis senjata yang lain telah diserahkan pada 03hb September 1945 oleh tentera Jepun kepada angkatan tentera British yang menguasai semula Pulau Pinang.

 

This sword among many others together with other various types of weapons was surrendered by the Japanese Force to the British Re Occupation Force of Penang Island on 3rd September, 1945.

 

 

                            --------------------------------------------- Sambungan / Continues reading -------------------------------------------

Pegawai-Pegawai Batalion yang Ketiga Angkatan Sukarela Negeri-Negeri (Pasukan Sukarela dan Seberang Perai) yang telah digabungkan semula untuk bertugas di Pulau Pinang telah meminta Brigadier L.C.M. Perowne (kemudiannya menjadi Major General) pemerintahan tentera British Pulau Pinang, supaya memberi suatu cenderamata untuk disimpan si Ibu Pejabat Pemerintahan Batalion tersebut di Peel Avenue, iaitu sebagai mengenangkan perkhidmatan yang telah diberikan oleh Batalion itu sebelum Pemerintahan Jepun dan juga semasa Pulau Pinang dikuasai semula oleh pihak British.

Selepas Batalion itu dibubarkan dalm bulan Disember 1946, pedang ini telah diserahkan kepada Kapten Mohd Noor Bin Mohamed, Pegawai Pemerintah “C” Kompani (Melayu) Pegawai-Pegawai Batalion yang Ketiga Angkatan Sukarela Negeri-Negeri (Pasukan Sukarela dan Seberang Perai) untuk disimpan. Pedang ini berada dalam simpanan beliau hingga 13hb Julai 1964 apabila beliau menyerahkannya kepada pihak Muzium ini.

Kapten Datuk Mohd Noor bin Mohamed, P.J.K., E.D., J.P., D.S.P.N. menghadiahkan pedang ini kepada Muzium Negeri Pulau Pinang sebagai tanda penghargaan terhadap jasa baik dan taat setia rakan-rakan beliau, iaitu Pegawai-Pegawai Batalion yang Ketiga Angkatan Sukarela Negeri-Negeri (Pasukan Sukarela dan Seberang Perai) yang telah berkhidmat dalam Perang Dunia Ke-2.

 

The Officers of 3rd Battalion Straits Settlements Volunteer Force (P & P.W.V.C) who had been re-embodied for duties in the Island, requested Brigadier (later Major General) L.C.M. Perowne, the British Military Commander of Island, for the memento to be kept in the Battalion Headquarters, Peel Avenue to commemorate the services of the Battalion, before the Japanese Occupation and during the early days of the Re Occupation of the Island.

Brigadier Perowne readily granted the request, and present this Sword to an assembly of the then serving officer, and it was placed in its rightful place in the Battalion Headquarters.

After the dispersal of the Battalion in December, 1964, this sword was handed over for safe keeping to Captain Mohd Noor bin Mohamed, Officers Commanding “C” (Malay) Coy, 3 S.S.V.F (P. & P.W.V.C) who held possession of of it until 13th July 1964, when he presented it to the Museum.
Captain Mohd Noor bin Mohamed, P.J.K., E.D., J.P., D.S.P.N. hands over this sword to Penang State Museum as a solemn token of deep appreciation of devotion and loyalty of all his FRIEND-OFFICER AND ATHER RANKS of 3RD BATTALION STRAITS SETTLEMENTS VOLUNTER FORCE (P. & P.W.V.C) who served during the Second World War.