Kitab / Al-Quran / Manuskrip Tulisan Tangan

0
Posted on: Sel, 2012-08-07 11:31   By: ku_ayu

Pulau Pinang merupakan salah sebuah pusat perkembangan intelektual Melayu yang awal.

 

Pulau Pinang was an important centre of the early Malay intellectual development.

 

 

 

                   --------------------------------------------------- Sambungan / Continues Reading --------------------------------------------

 

Pertumbuhan pesat dari segi ekonomi terutamanya sejak berada di bawah pentadbiran Syarikat Hindia Timur Inggeris telah menjadikan Pulau Pinang bukan sahaja tumpuan para pedagang malah juga para intelek dan ulama dari Tanah Arab, India dan Indonesia. Kedudukannya sebagai sebuah negeri yang bebas daripada naungan sultan turut membuka pintu negeri itu kepada kemasukan pelbagai pengaruh dari luar. Golongan ulama dan intelek ini menubuhkan sekolah-sekolah pondok, menjadi kadi, bekerja sebagai jurutulis dan sebagainya. Sesetengahnya pula terlibat dalam bidang kesusasteraan dan penulisan manuskrip-manuskrip Jawi.

Koleksi manuskrip Jawi dan Al-Quran tulisan tangan yang dipamerkan ini memperlihatkan kemahiran yang tinggi dalam seni khat. Ia turut menggambarkan ketekunan dan keintelektual para pengarang atau penyalinnya.
 

 

Handwritten Kitab (religious treatise) / the Koran / Manuscripts

 

Her rapid economic development especially since 1786 enable Penang to become the centre of both traders, intellectuals and ulamas form the Arab world, India and Indonesia. Pulau Pinang was an important centre of the early Malay intellectual development. Her rapid economic development especially since 1786 enable Penang to become the centre of both traders, intellectuals and ulamas form the Arab world, India and Indonesia. The fact that it was not under the rule of any Malay sultan enabled Penang to receive a diversity of external influences. These to fill in the position for kadi, to serve as writers and so forth. These were also those who were involved in the literary field the production of Jawi manuscripts.

 

The Jawi Manuscripts and Koran collections show here show a high level of khat calligraphy. It also indicates the intellectuality and patience of its authors or copyists.