Hari Muzium Antarabangsa

0
Posted on: Sel, 2012-05-15 16:35   By: ku_ayu

                                                                 

                                                   Logo Hari Muzium Antarabangsa 2012

                                              Tuan Rumah: Lembaga Muzium Negeri Pahang

Sejarah sambutan Hari Muzium Antarabangsa

Hari Muzium Antarabangsa yang dirayakan oleh muzium-muzium seluruh dunia pada 18 Mei setiap tahun adalah hasil resolusi Persidangan Majlis Muzium Antarabangsa ke-12 pada tahun 1977. Perayaan tahunan ini merupakan hari yang memberi pengertian besar kepada dunia permuziuman sejagat dalam usaha untuk menarik perhatian umum terhadap program dan aktiviti muzium. Perayaan yang diilhamkan oleh International Council of Museums (ICOM) ternyata mendapat sambutan yang baik apabila 102 buah negara  telah mengiktiraf dan mengambil inisiatif untuk memartabatkan perayaan Hari Muzium Antarabangsa ini. Bagi negara kita Malaysia, perayaan ini menunjukkan pengiktirafan kerajaan terhadap Institusi permuziuman di negara ini yang tidak ketinggalan memainkan peranan dalam usaha memartabatkan khazanah warisan negara.

Sambutan pertama peringkat kebangsaan dihoskan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti pada tahun 1997 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur. Sambutan Hari Muzium Antarabangsa Peringkat Kebangsaan di Malaysia mempunyai keunikan yang tersendiri apabila sistem penggiliran dipraktiskan dalam penganjuran ini.

Objektif

Sambutan Hari Muzium Antarabangsa adalah bertujuan :

  • Untuk menyedarkan masyarakat tentang pentingnya peranan muzium di dalam kehidupan.
  • Sebagai tanda penghargaan kerajaan terhadap sumbangan serta peranan yang dimainkan oleh muzium.
  • Untuk memberi peluang dan kesempatan kepada orang ramai untuk mengunjungi dan mengenali muzium dengan lebih dekat dan menyertai berbagai aktiviti muzium.
  • Menarik minat masyarakat bersama-sama melindungi warisan budaya bangsa yang menjadi kebanggaan kita.
  • Pendedahan kepada kakitangan muzium bagi mengubah corak pemikiran ke arah yang lebih positif, proaktif dan inovatif bagi melahirkan sebuah muzium yang dapat memenuhi keperluan dan cita rasa masyarakat semasa.
  • Mewujudkan perpaduan serta jaringan kerjasama yang erat di kalangan muzium. 

Hos Hari Muzium Antarabangsa
Berikut merupakan negeri-negeri yang terlibat sebagai hos Hari Muzium Antarabangsa:

1997 Jabatan Muzium Dan Antikuiti Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur

1998 Lembaga Muzium Negeri Terengganu Kuala Terengganu, Terengganu

1999 Perbadanan Pembangunan Langkawi Pulau Langkawi, Kedah

2000 Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Melaka Bandaraya Bersejarah

2001 Jabatan Muzium Sabah Kota Kinabalu, Sabah

2002 Lembaga Muzium Negeri Pahang, Kuantan, Pahang

2003 Jabatan Muzium Sarawak Kuching, Sarawak

2004 Jabatan Muzium Dan Antikuiti Pusat Latihan Bank Simpanan Nasional, Bangi, Selangor

2005 Yayasan Warisan Johor, Johor Bharu

2006 Perbadanan Pembangunan Langkawi, Pulau Langkawi, Kedah

2007 Perbadanan Muzium Melaka, Melaka Bandaraya Bersejarah

2008 Jabatan Muzium Malaysia Bangi, Selangor

2009 Muzium Negeri Terengganu Terengganu

2010 Jabatan Muzium Sabah, Sabah

2011 Lembaga Muzium Negeri Sembilan

2012 Lembaga Muzium Negeri Pahang

 

Tema Sambutan

Bermula pada tahun 1992, ICOM telah memutuskan untuk memilih tema-tema yang bersesuaian bagi sambutan Hari Muzium Antarabangsa. Pada tahun 2011 ini, Jawatankuasa Penasihat Majlis Muzium Antarabangsa (ICOM Advisory Committee) telah menetapkan bahawa tema sambutan pada tahun ini ialah Museums In A Changing World (Muzium dalam Dunia yang Berubah)

Tema-tema perayaan Hari Muzium Antarabangsa dari tahun 1992 hingga 2011 ialah:

1992    :           Museums And Environment

1993    :           Museums And Indigenous People

1994    :           Behind The Scenes In Museums

1995    :           Response And Responsibility

1996    :           Collecting Today For Tomorrow

1997    :           The Fight Against Illicit Traffic Of Cultural Property

1998    :           The Fight Against Illicit Traffic Of Cultural Property

1999    :           Pleasures Of Discovery

2000    :           Museums For Peace And Harmony Society

2001    :           Museums Building Community

2002    :           Museums And Globalisation

2003    :           Museums And Friends

2004    :           Museums And Intangible Heritage

2005    :           Museums Bridging Culture

2006    :           Museums And Young People

2007    :           Museums And Universal Heritage

2008    :           Museums As Agents Of Social Change And Development

2009    :           Museums And Tourism

2010    :           Muzium Untuk Keharmonian Sosial (Museums For Social Harmony).

2011    :           Museum and Memory (Muzium Dan Kenangan)

2012    :          Museums In A Changing World (Muzium dalam Dunia yang Berubah)

                                                                                             (Sumber: Dipetik daripada http://www.jmm.gov.my/hma2011/)