Betoi ka Ranjau? Ep05 : Sarbat !!

0
Posted on: Isn, 2020-07-27 10:35   By: MZMKPLBPKHG

Bukan mudah untuk mempertahankan kejuaraan pada minggu ini kerana persaingan sengit antara Kumpulan Sarbat dan Kumpulan Pening-Pening. Catatan markah adalah seri bagi pusingan terakhir. Walau bagaimanapun kumpulan Pening-pening terpaksa berundur kerana tewas dengan Kumpulan Sarbat semasa pusingan 'extra time' . Tahniah diucapkan sekali lagi kepada kumpulan Sarbat kerana masih kekal sebagai juara bagi lima minggu berturut-turut sepanjang kuiz "Betoi ka Ranjau" berlangsung.

Kuiz "Betoi ka Ranjau" akan bersiaran buat episod yang terakhir pada minggu hadapan. Sentiasa ikuti perkembangan program / aktiviti melalui FB Muzium Negeri Pulau Pinang