Bengkel Pembuatan Seramik DITANGGUHKAN!

0
Posted on: Sel, 2020-10-13 16:34   By: MZMKPLBPKHG
Pengumuman:
Memandangkan kes Covid-19 telah meningkat secara mendadak di beberapa buah negeri (Selangor, KL, Putrajaya, Sabah, Pulau Pinang) pihak Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang telah menerima arahan dan syor untuk menangguhkan Kursus Pembuatan Seramik ini ke suatu masa yang akan ditetapkan kemudian.
Bagi peserta yang telah memberi nama dan membuat pembayaran, pihak urusetia akan menghubungi anda dalam tempoh terdekat untuk tindakan selanjutnya.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi En. Hilmi di talian 04-22614389 atau emel hilmi@penangmuseum.gov.my.
Segala kesulitan amat dikesali.