COVID-19 - Mesej Ketua Menteri Pulau Pinang

0
Posted on: Sel, 2020-03-24 21:59   By: MZMKPLBPKHG

Pulau Pinang bakal menerima RM10 juta daripada keseluruhan peruntukan RM130 juta yang diumumkan Perdana Menteri semalam bagi membantu pentadbiran Kerajaan Negeri menangani krisis COVID-19. 


Justeru, ia akan digunakan untuk menyokong Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) dalam apa jua bentuk bantuan segera yang diperlukan pihak berkaitan termasuk melengkapkan lagi kelengkapan sedia ada, bekalan atau sebagainya untuk memastikan perkhidmatan terbaik diberikan bagi membantu mangsa yang terkesan dalam menangani wabak ini.