Perutusan Pengerusi

museum

Management

Pengerusi

Perutusan Pengerusi

DSC 3380 2x min 1 scaled

Salam Sejahtera kepada semua,

Selaku Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang yang baru, saya berasa amat berbesar hati dengan pelantikan saya dan berharap untuk menyemarakkan kecemerlangan seni dan budaya melalui institusi pemuziuman ini.

Setelah saya dipilih sebagai Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang pada 2018 bagi menggantikan Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng yang telah menjawat jawatan sebagai Menteri Kewangan Malaysia, saya sentiasa berusaha untuk membangunkan warisan sejarah, seni dan budaya di Pulau Pinang.

Selain itu, sebagai pemegang portfolio kesenian dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang, saya akan memastikan bahawa muzium akan memainkan peranan yang berkesan dalam memupuk dan membentuk semangat kecintaan terhadap warisan budaya melalui pameran kekal ataupun pameran separa tetap yang dijalankan oleh warga kerja Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang.Pelbagai program dan pameran yang telah dilaksanakan oleh LMNPP sepanjang tahun bagi memupuk dan menanam minat terhadap sejarah dan seni budaya tempatan dalam diri setiap kelompok masyarakat terutamanya generasi muda.

Kesemua aktiviti ini berjaya dilaksanakan dengan warga kerja LMNPP. Saya mengucapkan syabas kepada warga kerja LMNPP kerana sentiasa meningkatkan dan mengekalkan prestasi serta berusaha melaksanakan moto LMNPP iaitu “Pendidikan Muzium Untuk Semua”.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ahli Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang dan Ahli Jawatankuasa Balai Seni Lukis atas khidmat dan sokongan serta dedikasi kepada pihak pengurusan LMNPP. Tidak lupa juga, setinggi-tinggi tahniah kepada pihak pengurusan Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang kerana berjaya merangkul anugerah Booth Muzium Terbaik (Kategori Warisan Sejarah) Sempena Hari Muzium Antarabangsa 2019 di Muzium Negeri Sabah.

“Pendidikan Muzium Untuk Semua”

Yeoh Soon Hin
Pengerusi
Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang
EXCO Pelancongan dan Ekonomi Kreatif (PETACE)