TOKONG ULAR

0
Posted on: Isn, 2020-08-10 16:20   By: MZMKPLBPKHG
Body: 

TOKONG ULAR

Tokong Ular yang sering digelar Tokong Awan Suci ialah tempat terletak patung Chor Soo Kong. Menurut ceritanya, patung yang dibawa ke Pulau Pinang sejak lebih dari satu kurun dahulu itu mempunyai kuasa ghaib untuk menyembuhkan penyakit. Patung tersebut dikatakan telah menyembuhkan seorang penduduk British yang awal, David Brown tuan punya Estet Gelugor, yang menghidap sejenis penyakit ganjil. Sebagai tanda kesyukurannya, Brown menghadiahkan tanah untuk dijadikan tapak bagi tokong tersebut. Tokong itu kemudian telah dibina dengan derma daripada orang ramai. Apabila siap dibina, banyak ular mula datang berteduh di dalam tokong tersebut.

#MuziumNegeriPulauPinang #PendidikanMuziumUntukSemua

#PETACH
#Penang2030
#PenangLawanCOVID19
#UntukNegeriKita
#psmfirstclass