Pembukaan Semula BSLNPP

0
Posted on: Isn, 2020-06-15 17:09   By: MZMKPLBPKHG
Body: 

Kenyataan Media oleh YB Tuan Yeoh Soon Hin- EXCO Pelancongan, Seni, Budaya dan Warisan (PETACH) merangkap Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang berkenaan pembukaan semula Galeri Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang

1. Masyarakat umum sedia maklum bahawa kedua-dua premis Muzium iaitu di Lebuh Farquhar dan di Macalister adalah ditutup sejak awal September 2019 dan awal tahun 2020 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja restorasi dan pembaikian dan dijanka siap pada tahun hadapan dan tahun berikutnya.

2. Galeri Aras Bawah dan Galeri Aras 3 Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang (BSLNPP) yang terletak di Dewan Sri Pinang, Lebuh Light akan beroperasi selama empat (4) hari dalam seminggu iaitu pada hari Isnin, Selasa, Sabtu dan Ahad. Waktu lawatan ialah mulai jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang. Galeri adalah ditutup selain daripada hari- hari yang dinyatakan di atas termasuk pada hari cuti umum.

3. Selaras dengan saranan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia Malaysia (KKM) dan Majlis keselamatan Negara (MKN), setiap pelawat yang hadir ke galeri perlu mematuhi garis panduan serta Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan iaitu:

a. Had umur yang dibenarkan bagi pelawat adalah dari 13 tahun hingga 60 tahun sahaja.
b. Ruangan atau seksyen interaktif yang terdapat di ruang pameran tidak dibenarkan untuk digunakan oleh pelawat.
c. Bilangan staff yang mencukupi dalam ruang pameran akan ditempatkan untuk mengawal pergerakan dan perlakuan pelawat.
d. Penggunaan peralatan pameran atau demonstrasi pameran adalah tidak dibenarkan.
e. Semua staff dan pelawat akan diambil maklumat peribadi, direkod dan disaring suhu badan dan saringan simptom terlebih dahulu sebelum memasuki premis. Saringan suhu badan yang melebihi 37.5° darjah celsius atau simptom seperti sakit tekak, batuk, selsema, susah bernafas adalah tidak dibenarkan masuk dan perlu meninggalkan kawasan premis dan fasiliti.
f. Pelawat yang melepasi saringan kesihatan ini akan diberikan pelekat (sticker) atau gelang getah (wristband) bagi tujuan pemantauan dan dikehendaki memakainya sepanjang berada di kawasan premis dan fasiliti.
g. Semua staf dan pelawat adalah dinasihatkan untuk memakai topeng muka (face mask) sepanjang berada di kawasan premis dan fasiliti.
h. Semua pelawat dan staff dikehendaki sentiasa mengamalkan kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan menggunakan sabun dan air atau hand sanitizer, mengamalkan etika batuk dan bersin secara berhemah dan membuang sampah seperti tisu dan topeng muka (face mask) terpakai di tempat yang telah disediakan.
i. Semua pelawat dan staf adalah tidak dibenarkan untuk berhimpun atau berkumpul semasa berada di kawasan premis dan fasiliti.
j. Pelawat yang bercadang untuk ke premis dan fasiliti bagi tujuan penyelidikan, kaunter perkhidmatan atau lain- lain adalah digalakkan untuk membuat temujanji terlebih dahulu dengan pihak pengurusan.
k. Bagi pengunjung yang datang secara walk in perlu berada ditempat yang dikhaskan dan sentiasa mematuhi arahan petugas bagi melancarkan proses kemasukan ke premis.
l. Kakitangan dan pelawat perlu memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera ke dalam telefon bimbit masing-masing untuk pengesanan kontak rapat.
m. Setiap pelawat perlu mengambil kira penjarakan sosial sepanjang berada di kawasan premis iaitu sekurang- kurangnya 1 (satu) meter.
n. Jumlah pelawat yang dibenarkan berada di dalam premis dalam pada satu- satu masa ialah seramai 8 (lapan) orang sahaja. Had masa bagi setiap lawatan adalah selama setengah jam sahaja.
o. Sebarang majlis yang melibatkan perhimpunan ramai seperti majlis perasmian pameran, bengkel/ bicara atau demostrasi seni adalah tidak dibenarkan.
p. Interaksi antara pelawat dan pengkarya adalah tidak dibenarkan.
q. Persatuan- persatuan seni atau artist yang bakal mengadakan pameran adalah digalakkan untuk membuat temujanji bersama pihak pengurusan bagi melancarkan proses persiapan pameran serta penghantaran karya.
r. Garis panduan ini akan sentiasa dikemaskini berdasarkan kepada arahan daripada Pihak Berkuasa dari masa ke semasa.
Oleh yang demikian, Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang (BSLNPP) akan dibuka secara rasmi mulai 13HB Jun 2020.
Adalah diharapkan dengan langkah- langkah pencegahan yang diambil ini, kita akan dapat bersama- sama membendung dan memutuskan penularan wabak Covid-19 dan keadaan akan kembali pulih seperti sediakala secepat mungkin.

Sekian. Terima kasih.