Bathing, Cheung Pooi Yip

0
Posted on: Sel, 2020-10-13 10:34   By: MZMKPLBPKHG
Body: 
CHEUNG POOI YIP
(1936, Penang)
Bathing
1967
Oil on canvas
66 x 104 cm
Purchase, Acquisition Fund
Lukisan minyak dari pemandangan orang bermandi-manda oleh Cheung Pooi Yip merupakan karya awalnya yang sering menggambarkan bukit, kampung, sungai serta kegiatan dan gaya hidup harian manusia. Dilahirkan pada tahun 1936, beliau merupakan pelukis yang belajar sendiri tetapi sangat produktif dan spontan serta berani mencuba dan mengekspresikan kreativiti beliau dalam pelbagai gaya artistik. Beliau dimotivasikan oleh sesama artis dan pakar yang terkenal dan hal ini menjadi faktor utama yang mendorongnya untuk mengembangkan ekspresi tersendiri. Media kegemarannya adalah minyak dan akrilik. Pada tahun 2014, beliau mendapat penghormatan oleh Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang dengan Pameran Retrospektif.