Majlis Perasmian Pameran Pertandingan Seni Lukis Terbuka 2013

0
Posted on: Wed, 2013-12-18 10:45   By: MZMKPLBPKHG
Body: 

Majlis perasmian pameran serta penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Seni Lukis Terbuka Pulau Pinang 2013 yang bertemakan “UBAH” telah disempurnakan oleh Y.B. Tuan Haji Maktar B. Haji Shapee (Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang) pada 14hb. Disember  2013 (Sabtu), jam 4.00 petang.

Majlis Perasmian ini turut diserikan dengan pelancaran Buku Laporan Tahunan 2011-2012 Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Muzium Negeri Pulau Pinang, Y.B. Tuan Wong Hon Wai.

Pihak Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang merakamkan ucapan penghargaan dan ribuan terima kasih kepada barisan panel juri yang telah mengadili kesemua karya yang dipertandingkan. Mereka ialah Y.Bhg. Dato’ Sharifah Fatimah Syed Zubir (Ketua Juri), Y.Bhg. Dato’ Tay Mo-Leong, En. Eng Quah, En. Mohamad Majidi Amir serta Puan Nur Hanim Mohamed Khairuddin.

Kepada barisan para pemenang, sekalung tahniah diucapkan. Berikut ialah pemenang Hadiah Minor Pertandingan Seni Lukis Terbuka Pulau Pinang.

a)Sirajudeen Kamal Batcha

b)Mohamad Fadly Sabran

c)Maizul Affendy Baharudin

d)Muhamad Azuan B. Tarmizi

 

Bagi kategori Hadiah Saguhati pula, Pemenang ialah:

a)Wong Jun Neng

b)Nasiha Bt. Shaharudin

c)Muhammad Fadhli B. Moh Ariffin

d)Lai Chan Shiang

e)Zulkarnian B. Hassan

f)Nor Shahidan Mohamad

 

Bagi peserta yang tidak Berjaya, teruskan usaha anda dan semoga bertemu lagi pada pertandingan yang akan datang. Terima Kasih atas sokongan anda.